and I decided that it should be written in the language I used everyday at school! For those of you who are unfamiliar with the Malaysian Education System, we studied everything (Maths, the Sciences, Arts, and everything else except English) in our national language, called Bahasa Melayu. So brace yourself for a nightmare reading! The thing here is, I haven't been writing in Malay since I left school! What the heck eh? Here goes..
Malam tadi, saya tidur pada pukul 2.30 pagi dan bangun 4 jam kemudian untuk bersiap sedia ke kelas. Mata saya tidak dapat tahan lagi pada jam 12.45 tengah hari. Saya sebenarnya sampai di rumah pada pukul 12.30 tengah hari selepas menunggu lebih kurang 40 minit sebelum bas sampai. Sementara menunggu, saya berdoa untuk menggunakan masa yang ada dengan sepenuhnya.
Karangan ini tidak senang dikarang selepas hampir 4 tahun saya tidak menulis dalam Bahasa Kebangsaan. Jikalau dibandingkan dengan pertuturan saban hari, ini lebih susah lagi. Perbendaharaan kata saya memang sudah lama hilang, dilupakan dan dipulangkan kepada rakyat Malaysia yang lain.
Apakan daya saya? Buku-buku teks yang ditelaah sekarang semuanya ditulis dalam Bahasa Inggeris. Kawan-kawan pun jarang ingin bertutur dalam Bahasa Melayu. Sekiranya diberi peluang, saya terus bertutur dalam Bahasa Kebangsaan. Peluang ini memang jarang tiba tetapi ceritanya lain sekali pada pagi ini. Pemandu bas terkejut mendengar saya yang petah berbahasa. Katanya tidak percaya bahawa saya ini orang Cina. Saya menjawab, "Apa salahnya saya pandai berbahasa?" Hehe..
Sampai di sini sahajalah saya menulis untuk kali ini. Maafkan saya sekiranya terdapat tempat-tempat yang telah menyinggung perasaan pembaca-pembaca saya sekalian.
hanya satu nyawa,
gracey

4 comments:
Hey, you have a great blog here! I'm definitely going to bookmark you!
I have a forex news site/blog. It pretty much covers forex news related news and information.
Come and check it out if you get time :-)
way to go gracey...
Post a Comment